Tuan Melayu dan ikan
Aku ada masalah yang mengganggu kotak fikiran aku ini hari. Aku kalau bawa korang dalam kotak fikiran aku pasti korang akan merangkak, merengkok dan mati kebuluran.
Kenapa lauk sangat mahal sekarang ni?
Kenapa? Kenapa?
Bukankah nelayan-nelayan itu kebanyakan bangsa Tuan Melayu ke? Fikir dengan tegas! Tegas menabur budi seolah-olah membalas pekerti. Siapa yang rugi??? …Tuan Melayu.
“Abang makan nasi dengan sardin je…” Ini menu petang tadi. Jawapan kepada soalan yang datang dari isteriku. “Kesian laki i.”
RM4.30 untuk nasi putih. Lauknya ialah kuah (hanya aku cedok kuah) asam. Ikan haruan goreng. Air suam segelas. Beli dari, huhuh peniaga yang berbangsa Tuan Melayu. Tercekik aku bukan sebab tulang ikan haruan. Tercekik sebab dari awal-awal aku dok bayangkan yang aku cuma belanja paling kuat pun RM3.00, malangnya, meleset sungguh jangkaan aku.
….
Syukur kerana aku punya hati yang memberontak. Tidak diam. Inilah padah, kalau aku dan Tuan Melayu yang lain berlembut sangat.






