You are here: Home > Sahaini > Tangga rumah

Tangga rumah

Ya. Kami bersemangat untuk mendirikan rumah tangga. Kalau bukan kerana semangat dan kesungguhan, tidak kemana. Apa lagi pergi sudah sejauh ini perkara ini. Ya. Betul. Banyak rintangan. Belum lagi sampai waktu untuk aku menggenggam tangan Kadi dan melafazkan akad, tetapi sudah banyak rintangan yang sangat ketara dan hebat juga rasanya. Harapan dan doaku semoga dipermudahkan perjalanan ini. Allah itu Maha Penyayang. Dalam hatiku, aku mengharapkan semoga langkah aku ini adalah langkah menuju kebaikan. Insan biasa, kita pernah melakukan kesilapan, biarlah ianya berlalu. Kebaikan yang kita tuju, biarlah dipermudahkan.

Bercerita… berkenaan hal rumah tangga yang aku sedang nantikan saat-saatnya ini, aku ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berkongsi cerita, bertukar pendapat malahan menghulurkan bantuan. Biarkan aku simpan kebanyakan nama-nama mereka. Bukan kerana untuk dilupakan, tetapi sebagai kenangan kepada diriku, bahawa tidak rugi menjadi kawan dan berbaik-baik sesama insan. Jika hendak disebut ramai nama-nama yang mempunyai hati yang besar. :P

Terima kasih. Aku menghitung hari yang tinggal tidak seberapa hari lagi. Buat tunanganku, ingin ku rakamkan penghargaan kerana ketabahan. Begitu juga buat kedua-dua keluarga yang akan bertaut yang sabar dengan setiap perkara yang berlaku dalam hasrat menyempurnakan majlis kami ini.

Buat teman-temanku terutamanya, maafkan aku jika ada nama yang keciciran dalam urusan jemputan. Terlebih utama untuk majlis di Rawang. Oleh kerana kesihatan emak yang tidak menggalakkan, kami telah berpakat untuk mengadakan majlis menyambut menantu yang kecil dan sangat sederhana. Jemputan saudara-mara terdekat dan rakan taulan serta jiran tetangga di dalam peruntukan yang terhad, kami pun berasa sangat sedih dan berat hati kerana tidak dapat menghantar jemputan yang lebih ramai. Aku pohon maaf tersangatnya atas keadaan yang tidak mengizinkan ini.

InsyaAllah, jika ada rezeki, kita dapat meraikan majlis-majlis berikutnya bersama-sama.
Aku tangguhkan dahulu, nota blog disini dahulu. Jumpa lagi nanti ya. (Doakan supaya aku lancar). :)

P/S: Jurugambar/video rasmi kami nanti ialah dari rakan-rakan UTM, KFKUTM dan juga MZR. (Meriah dengan jurugambar).

Tags: , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply