Posts Tagged ‘self’

Ammar, 3mo


2010
02.05

:) Ammar sudah melewati usia 3 bulan.

Ammar. Impression after an injection

Ada pertanyaan2 seperti berikut yang aku terima dari teman-teman, kenalan dan saudara-mara.

  • Ammar dah pandai buat apa? aku jawab, nenen.
  • Ammar pandai buat apa dah? aku jawab, mengaruk.
  • Ammar dah pandai buat apa? aku jawab, dah pandai bersembang dah…
  • Ammar dah minta adik ke? aku jawab, itulah, dah meminta-minta lah dia.

Ammar, semalam (3th Feb) hari jadi nenek. Ammar pergi klinik kan? Ayah tak dapat hantarkanlah kali ini. Ayah kepenatan sedikit untuk terus langsung ke Muar. Trip ke Jakarta ayah membuatkan kaki ayah lenguh betul. Memikul barang2. Lagipun ayah demam sikit. Tapi trip ke Jakarta itu berbaloi juga rasanya. Nanti kalau kita ada peluang, rezeki lebih, kita boleh ajak mama, dan adik-adik* ammar pergi trip. Bercuti mungkin. :)

Mama bilang sama ayah, ammar dah cecah 6kilo. Wah bersemangat betul anak ayah nih yer. Eh! ayah belum dapat ambil MYKID ammar lagilah. Sepatutnya dah siap, tetapi itu hari kan ayah dah pergi, tetapi pegawai bertugas kata, MYKID ammar berstatus “Proses penghantaran”. Isk isk isk… berat sangat kah sampai tak ikut jadual penghantaran. Tak apalah, semoga urusan dipermudahkan.

Semoga ammar cepat kebah dari demam. :**** untuk ammar dan mama.

10 weeks


2009
04.11

Alhamdulillah…
Ada life form dalam perut siti rahayu. :P

Mulanya dikesan sudahpun 10 minggu…

Semoga sang isteriku tabah dan gagah. :)

baby 10 weeks

Seribu penghargaan


2009
02.23

Kami berdua ingin lagi menyatakan penghargaan kepada ibu dan bapa kami, kepada saudara-mara, kepada jiran-tetangga, kepada handai-taulan dan kepada semua. Banyak bantuan dan pemberian yang dihulurkan sepanjang majlis. Sebelum, semasa dan selepas majlis. Tidak juga kami nafikan banyak kelemahan yang datang dari kami dan pihak kami. Justeru kami pohon ribuan ampun dan maaf. Antaranya seperti, perihal edaran kad dan jemputan, layanan, gurauan dan macam-macam lagi yang kami telah perkecilkan sedangkan ianya mengguris hati.

Doakan kami berbahagia hingga ke syurga, insyaAllah.

U & I


2009
02.05

1. Isteri aku belum hendak menulis di blog ini lagi. :) Kan best kalau ada input dari sang isteri.

2. Kami masih selalu berjauhan. Rupa-rupanya tak seronok sangat kalau berjauhan bila dah berkahwin nih. Nak pergi main badminton pun takde mood. Tak sama macam masa bujang dulu.. pantang kawan set masa nak pergi main badminton…

3.2.2009 ialah hari jadi emak di Rawang. Emak lahir pada tahun 1955. Kebelakangan ini tidak sihat sangat. Siti Rahayu hadiahkan (melalui aku) kain yang cantik untuk dibuat baju. Emak kata “Cantiknya!”

4. Tadi aku tengok Upin & Ipin di youtube, aku capture skrin part logo yang tertera pada layar kapal mereka. Sama macam aku punya blog lah… U & I… (itU:sitirahayu.inI:sahaini)

upin dan ipin flag

5. Esok aku nak gi kerja pepagi. Malas nak tengok kereta dan motor yang bersesak-sesak seawal 7 pagi. Maksudnya, aku kena pergi lagi awal dari jam 7pagi.

6. Tido…Zzzzz

Tuan Melayu dan ikan


2009
02.05

Aku ada masalah yang mengganggu kotak fikiran aku ini hari. Aku kalau bawa korang dalam kotak fikiran aku pasti korang akan merangkak, merengkok dan mati kebuluran.

Kenapa lauk sangat mahal sekarang ni?
Kenapa? Kenapa?

Bukankah nelayan-nelayan itu kebanyakan bangsa Tuan Melayu ke? Fikir dengan tegas! Tegas menabur budi seolah-olah membalas pekerti. Siapa yang rugi??? …Tuan Melayu.

“Abang makan nasi dengan sardin je…” Ini menu petang tadi. Jawapan kepada soalan yang datang dari isteriku. “Kesian laki i.”

RM4.30 untuk nasi putih. Lauknya ialah kuah (hanya aku cedok kuah) asam. Ikan haruan goreng. Air suam segelas. Beli dari, huhuh peniaga yang berbangsa Tuan Melayu. Tercekik aku bukan sebab tulang ikan haruan. Tercekik sebab dari awal-awal aku dok bayangkan yang aku cuma belanja paling kuat pun RM3.00, malangnya, meleset sungguh jangkaan aku.
….
Syukur kerana aku punya hati yang memberontak. Tidak diam. Inilah padah, kalau aku dan Tuan Melayu yang lain berlembut sangat.