Posts Tagged ‘register’

Daftar Kelahiran Anak


2009
11.05

Terkenagkan abah yang sibuk-sibuk dengan pembetulan daftar butiran nama dalam surat beranak aku, ketika hendak buat kad pengenalan dahulu. Oleh kerana yang mendaftarkan nama aku ketika aku lahir dahulu bukan abahku sendiri (bekerja di Rawang, aku lahir pula di Kuala Kangsar), ada beberapa butiran yang tidak tepat.

Seingat aku dahulu, abah selepas sahaja subuh dah siap untuk ke Pejabat Pendaftaran Negara yang terletak di Petaling Jaya. Aku diangkutnya sama. Kalau tak salah, untuk pembetulan nama ketika itu mengambil masa lebih dari sehari. Antara seronok berjalan dan tak seronok sebab kena harung sejuk dan dingin subuh mebelah kabus Bukit Kanching aku dibawa abah ke Pejabat Pendaftaran Negara. Besar sungguh rasanya bangunan itu ketika itu.

Hari ini Ammar dah pun tujuh hari melihat dunia. Tadi pun baru bercukur botak rambutnya. Esok insyaAllah, aku akan ke Pejabat Pendaftaran untuk proses mendaftar kelahiran Ammar. Aku pun bukanlah pertama kali lagi dah menjenguk Pejabat Pendaftaran. Bukan setakat di waktu aku hendak buat kad pengenalan buat bertama kali, tetapi dengan kes kad pengenalan hilang berkali-kali sewaktu menjadi pelajar di UTM Skudai dulu. Kali ini, daftarkan nama anak sendiri pula. Ammar jaga kad pengenalan tecit Ammar tau! Jangan kasi orang sebarang. Nanti derang photostate buat loan tanpa kebenaran Ammar pulak. :)

Senarai semak

Senarai semak

*Terima kasih abah.