Kami Nak Buat Kisah » Kementerian

Daftar Kelahiran Anak
Terkenangkan abah yang sibuk-sibuk dengan pembetulan daftar butiran nama dalam surat beranak aku, ketika hendak buat kad pengenalan dahulu. Oleh kerana yang mendaftarkan nama aku ketika aku lahir dahulu bukan abahku sendiri (bekerja di Rawang, aku lahir pula di Kuala Kangsar), ada beberapa butiran yang tidak tepat.

Seingat aku dahulu, abah selepas sahaja subuh dah siap untuk ke Pejabat Pendaftaran Negara yang terletak di Petaling Jaya. Aku diangkutnya sama. Kalau tak salah, untuk pembetulan nama ketika itu mengambil masa lebih dari sehari. Antara seronok berjalan dan tak seronok sebab kena harung sejuk dan dingin subuh mebelah kabus Bukit Kanching aku dibawa abah ke Pejabat Pendaftaran Negara. Besar sungguh rasanya bangunan itu ketika itu.

Hari ini Ammar dah pun tujuh hari melihat dunia. Tadi pun baru bercukur botak rambutnya. Esok insyaAllah, aku akan ke Pejabat Pendaftaran untuk proses mendaftar kelahiran Ammar. Aku pun bukanlah pertama kali lagi dah menjenguk Pejabat Pendaftaran. Bukan setakat di waktu aku hendak buat kad pengenalan buat bertama kali, tetapi dengan kes kad pengenalan hilang berkali-kali sewaktu menjadi pelajar di UTM Skudai dulu. Kali ini, daftarkan nama anak sendiri pula. Ammar jaga kad pengenalan tecit Ammar tau! Jangan kasi orang sebarang. Nanti derang photostate buat loan tanpa kebenaran Ammar pulak.

*Terima kasih abah.

Persekolahan. Alasan ibu bapa mencari wang.
Sementara menantikan masa mencecah jam 6:30 petang, aku mencekoh majalah yang ada terletak di kerusi belakang (kereta). Masa tidaklah begitu lama untuk sampai ke jam 6:30 petang, tapi aku kira, cukup untuk aku membaca artikel di dalam majalan itu. Satu atau dua artikel dah memadailah. Aku memilih artikel yang membentang isu keibubapaan. Menarik! Aku habiskan artikel tersebut terlebih dahulu sebelum beredar dari sekolah tempat Siti Rahayu mengajar. Siti Rahayu yang nampak keliru bertanya kepadaku “Tak habis baca lagi ke majalah tu?”. Aku senyum.

Lebih kurang 15 kilometer aku memandu, kami bersembang dengan beberapa hal. Siti Rahayu rajin bersembang kalau kena pada topiknya. Daripada yang serius hinggalah kepada topik yang santai. Kalau tidak pun, aku rajin mengusiknya dengan perkataan-perkataan yang berkias. Ada masanya, perkataan-perkataan aku tu menjengkelkannya. Habuannya, sama ada telinga comel ku dipiat manja, ataupun aku dicubit ala-ala mencubit anak muridnya.

Sehinggalah tiba di persimpangan Pekan Parit Yusuf, topiknya berkisarkan anak muridnya yang digantung sekolah 2 minggu. Hukuman itu dijatuhkan disebabkan kesalahan menimbulkan kekecohan dan membelasah murid. Rentetan dari beberapa siri kesalahan yang dilakukannya sebelum ini, aku sendiri agak jaki dengan murid ini. Oleh kerana ibunya kepada murid ini telah datang dan membuat rayuan, murid itu telah dikurangkan hukumannya dari 2 minggu digantung sesi persekolahan kepada 1 minggu sesi persekolahan. Antara alasan ibunya ialah, tiada siapa dirumah melainkan murid itu sahaja. Kedua-dua orang tuanya itu pergi bekerja.

Siti Rahayu mendengus dan berkata, “Emak bapak sekarang ini jadikan sekolah seumpama sebuah ‘nursery” untuk anak-anak dia orang!”.

Aku. Kepala otak aku ligat mencari kebenaran dan juga ligat mencari alasan membangkang. Namun, tiada apa aku ungkapkan. Senyum hambar. Terkenang kembali artikel yang bertajuk ” Keibubapaan baik vs. Keibubapaan berkesan” yang kubaca tadi.