Posts Tagged ‘barang’

Kandungan 6 bulan : Part 2


2009
08.08
An offline message panel

An offline message panel

Balik sahaja dari Muar, aku tiba di KL dengan misi mencari maklumat. Siapa aku nak tanya? Ramai jer yang boleh aku tanya. Antara orang yang aku targeted ialah Safiah si mata bundar. (Aku kenal awek orang nih semenjak dari belajar lagi… kira-kira 12 tahon dahulu). Sekarang Safiah expecting baby adik kepada Zaim.

Gigi gugu

Gigi gugu

Jadi panjang cerita nanti berjela-jela pulak pasal Safiah. Kalau nak tahu pasal Safiah boleh ke URL berikut:

http://safiahsafian.blogspot.com/
http://www.facebook.com/safiah.safian
http://safiahsafian.fotopages.com/
(dengan harapan semua akaun tersebut up to date, ngeh ngeh ngeh)

Jadi apa yang Safiah telah kasi senarai sama aku ialah :

  1. lampin
  2. baju 12 pasang ;
    • 3 lengan panjang
    • 3 lengan pendek+suar panjang
    • 3 lengan pendek+suar pendek
  3. mittens and booties
  4. topi utk tutup kepala
  5. selimut
  6. yassin+kacip/gunting
  7. aminyak yuyi/telon
  8. toiletries
  9. bantal, bolster and comforter
  10. baby cot (’baby cot perlu sbb jgn ajar bb tdo ngn kite”, kata Safiah)
  11. bb carrier
  12. stroller

* No (2) tu bila aku bilang balik baru ada 9 pasang. hehehehehe.

Kalau ikut kata (dokto) :P Safiah, “dh scan ke? slalu beli barang ni dh lepas 7bln baru bleh”. Maksudnya lepas 7 bulan barulah nak terhegeh dan panik membeli belah. Baru lah kadar ketepatan dan kesesuaian dengan baby. Kita belum tahu jantina baby. Jadi kalau gegerl, “PINK” (my wife suke lah nih), kalau boboi, “BLUUUU” . Heh, ada kaler code pulak untuk baby ek.

Penambahan kepada topik LAMPIN. Aku telah mendapat nasihat dari sahabat (Yusmizan), katanya, “Kau beli lampin murah + lampain mahal. Lampin murah pakai waktu siang, lampin mahal pakai waktu malam”. Aku tanya semula, lampin mahal tu jenama apa?”.

MAMYPOKO!”

Kandungan 6 bulan : Part 1


2009
08.01

Isteriku bercerita denganku banyak perkara. Aku suka dengar. Yang aku tak suka bila dia mula tak hendak bercerita. Maksudnya, merajuk. Baru-baru ini, semasa aku bersama-sama isteri memandukannya ke sekolah, sang isteri pun bercerita kepada sang suami.

“Ada akak kat sekolah tu tanya kat I, ‘Dah membeli ke barangan untuk baby?’, langsung I pun tanyalah akak tu, ‘Nak beli apa ye kak? Ada listing tak barangan yang perlu dibeli tu?’. Kemudian akak tu sambung, ‘Alah, barang baby lah…’.”

Nampaknya aku perlu gugel lah nih nampaknya, untuk mencari listing barangan baby pula. :P

Senarai semak barangan anakanda

  1. Baju
  2. Seluar
  3. Lampin
  4. Bedak
  5. Ubat sakit perut

(aku harap ada pertambhan yang sihat pada senarai itu nanti)

Siti Rahayu sedang diperkisa oleh jururawat klinik desa

Siti Rahayu sedang diperkisa oleh jururawat klinik desa