Posts Tagged ‘baby’

My Baby Checklist


2010
03.07

Tadi petang aku, ammar, mama-ammar, maktok-ammar pergi jalan-jalan cari pasal di bandar Batu Pahat. Singgah di kedai Dear Baby yang terletak di Taman Bukit Pasir dan aku jumpa ini checklist dari mereka.

Checklist

Checklist

Macam beginilah bagus. Senarai semak ini membantu persediaan ibu dan bapa yang baru berpengalaman untuk mendapat anak mereka. Semoga bermanfaat.

1 kambing, 2 kambing, 3 kambing, 300 kambing, 301 kambing, zzzz


2010
02.08

Aku alah pada kambing pada kebiasaannya. Tapi tidak buat isteriku. (alah pada aku aje kut). Kami ada bersembang2 pasal akikah untuk Ammar-Daniel. Ada beberapa jemputan juga untuk buat akikah. Pada hari Sabtu yang lepas, aku telah balik menjenguk Ammar dan mengirimkan sedikit wang untuk belanja akikah.(cik wife kena topup yang kurang ek :* hehehehe).

Bercerita pasal Akikah, aku telah ke Jakarta Barat minggu lepas untuk tujuan memenuhi janj temu mesyuarat. Di dalam mesyuarat tersebut ada juga aku sebut perkataan akikah. Aku pun masih baru dengan tanah Indonesia, jadi aku kira, aku menerangkan perkara kepada sahabat di Indonesia yang aku kira sudah harusnya belum lagi memeluk Islam. Simple explanation sahajalah yang mampu aku uruskan pada ketika itu.

Kalau ditanya seperti skema jawapan peperiksaan SPM, “Terangkan perihal Akikah?”, maka jawapannya lebih kurang beginilah.

Akikah ialah penyembelihan haiwan ternakan (yang berkaki empat) bersempenakan kesyukuran atas kelahiran anak kerana Allah Taala. Hukum asalnya ialah sunat muakkad atas ibu bapa/penjaga.

Oleh kerana sewaktu Ammar-Daniel mencecah usia 7 hari, kewangan mahupun kambing-kambing sendiri tiada, jadi aku tangguhkanlah dahulu ibadat akikah itu. (afdal hukumnya dilakukan akikah ketikan anak berumur 7 hari. Harus hukumnya sehinggalah anak baligh). Oleh kerana Ammar-Daniel kanak-kanak lelaki, sebanyak 2 ekor kambing (bersamaan dua bahagian dari seekor lembu, atau unta), merupakan syarat akikah. (kalau kanak2 perempuan, satu (1) bahagian sahaja).

Begitulah serba sedikit perihal akikah (aqiqah).

Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.”

(Hadis Riwayat Ahmad)

Wallahua’lam

Ammar, 3mo


2010
02.05

:) Ammar sudah melewati usia 3 bulan.

Ammar. Impression after an injection

Ada pertanyaan2 seperti berikut yang aku terima dari teman-teman, kenalan dan saudara-mara.

  • Ammar dah pandai buat apa? aku jawab, nenen.
  • Ammar pandai buat apa dah? aku jawab, mengaruk.
  • Ammar dah pandai buat apa? aku jawab, dah pandai bersembang dah…
  • Ammar dah minta adik ke? aku jawab, itulah, dah meminta-minta lah dia.

Ammar, semalam (3th Feb) hari jadi nenek. Ammar pergi klinik kan? Ayah tak dapat hantarkanlah kali ini. Ayah kepenatan sedikit untuk terus langsung ke Muar. Trip ke Jakarta ayah membuatkan kaki ayah lenguh betul. Memikul barang2. Lagipun ayah demam sikit. Tapi trip ke Jakarta itu berbaloi juga rasanya. Nanti kalau kita ada peluang, rezeki lebih, kita boleh ajak mama, dan adik-adik* ammar pergi trip. Bercuti mungkin. :)

Mama bilang sama ayah, ammar dah cecah 6kilo. Wah bersemangat betul anak ayah nih yer. Eh! ayah belum dapat ambil MYKID ammar lagilah. Sepatutnya dah siap, tetapi itu hari kan ayah dah pergi, tetapi pegawai bertugas kata, MYKID ammar berstatus “Proses penghantaran”. Isk isk isk… berat sangat kah sampai tak ikut jadual penghantaran. Tak apalah, semoga urusan dipermudahkan.

Semoga ammar cepat kebah dari demam. :**** untuk ammar dan mama.

Ammar goes wifi


2009
11.18
Ammar goes wifi

Ammar goes wifi

Sekejap tadi dapat SMS dari Mama-Ammar, Ammar dah 4kgs. :P

Selamat membesar dengan sihat. Minggu depan dah raya haji. Kita nak raya katne tahun nih Ammar?

Daftar Kelahiran Anak


2009
11.05

Terkenagkan abah yang sibuk-sibuk dengan pembetulan daftar butiran nama dalam surat beranak aku, ketika hendak buat kad pengenalan dahulu. Oleh kerana yang mendaftarkan nama aku ketika aku lahir dahulu bukan abahku sendiri (bekerja di Rawang, aku lahir pula di Kuala Kangsar), ada beberapa butiran yang tidak tepat.

Seingat aku dahulu, abah selepas sahaja subuh dah siap untuk ke Pejabat Pendaftaran Negara yang terletak di Petaling Jaya. Aku diangkutnya sama. Kalau tak salah, untuk pembetulan nama ketika itu mengambil masa lebih dari sehari. Antara seronok berjalan dan tak seronok sebab kena harung sejuk dan dingin subuh mebelah kabus Bukit Kanching aku dibawa abah ke Pejabat Pendaftaran Negara. Besar sungguh rasanya bangunan itu ketika itu.

Hari ini Ammar dah pun tujuh hari melihat dunia. Tadi pun baru bercukur botak rambutnya. Esok insyaAllah, aku akan ke Pejabat Pendaftaran untuk proses mendaftar kelahiran Ammar. Aku pun bukanlah pertama kali lagi dah menjenguk Pejabat Pendaftaran. Bukan setakat di waktu aku hendak buat kad pengenalan buat bertama kali, tetapi dengan kes kad pengenalan hilang berkali-kali sewaktu menjadi pelajar di UTM Skudai dulu. Kali ini, daftarkan nama anak sendiri pula. Ammar jaga kad pengenalan tecit Ammar tau! Jangan kasi orang sebarang. Nanti derang photostate buat loan tanpa kebenaran Ammar pulak. :)

Senarai semak

Senarai semak

*Terima kasih abah.