Kami Nak Buat Kisah » a

Saringan darah HIV
-ve

Selepas solat Zohor di rumah abah di Rawang, aku memecut ke Hospital Selayang. Selepas mengunci skuter “mospeda”ku, terus pergi mendapatkan maklumat di kaunter khidmat pelanggan. Aku dah cuba dapatkan maklumat di website rasmi Hospital Selayang, tetapi maklumat yang ada tidak membantu. Akak yang jaga kaunter, beritahu aku, pergi ke bahagian Unit Kecemasan dan Klinik di hujung bangunan. Aku pun pergilah dengan menjinjing topi kaledar dan mengandar beg galas.

Di pertengahan jalan aku berhenti. Buka sweather dan masukkan ke dalam beg. Sambung berjalan. Ikut arah yang tertera di papan tanda aku menyusuri koridor (gajah menyusur). Turun anak tangga dan mendapatkan pakcik Guard yang terlebih dahulu menyapa aku. Aku beritahu tujuan, dia pun kata sambil mengacukan jari telunjuk ke arah kaunter klinik disebalik dinding bersebelahannya. Aku teruskan perjalanan.

Terus menuju ke arah kaunter. Beberapa orang jejaka berbaju putih bersih berseluar biru gelap, sedang bergurau. Aku pun memberi senyuman dan bertegur dengan salah seorang yang duduk di meja. Ramah. Tetapi rupa-rupanya tiada perkhidmatan untuk saringan seperti yang aku perlukan di sini. Lelaki yang kelihatan dalam baya 30-an itu mencari-cari keratan kertas yang bercetak maklumat klinik-klinik kerajaan yang boleh aku pergi.

Dia hulurkan pelan dan arah ke Klinik Kesihatan Kepong dan Klinik Kesihatan Selayang Baru. Aku mengambilnya dan ucapkan salam serta terima kasih. Lalu aku beredar dan mendaki anak tangga untuk ke tempat letak kenderaan. Sebelum ke skuter “mospeda”ku, aku mendail nombor telefon KK Taman Ehsan. Berjawab, dan jauh sahaja bunyinya. Mungkin sebab telefon purba aku lah tu. Aku cuba menangkap semua butiran yang keluar dari penjawab telefon di sebelah sana. “Tak buat lagi”, katanya. “Hah? Tak buat hari ni ke?” Tanyaku. “Bukan. Kami tak buat lagi dah. Kena pergi ke KK Selayang Baru.” Jawab staff nurse. (Aku anggap staff nurse). Aku ucapkan terima kasih dan putuskan panggilan. Aku belek semula plan ke KK Selayang Baru. Rumit juga nih. mungkin ramai orang di tempat begitu. Selayang Baru mempunya kepadatan penduduk yang tinggi. Tempah maut. Aku cuba mendail nombor telefon KK Rawang (har har har). Beberapa kali ku cuba, tidak berjawab. Aku kemudiannya ambil keputusan memecut ke Rawang.

Sampai ke KK Rawang lebih kurang jam 2.15petang. Itu pun terpaksa buat satu pusingan besar mengelilingi bandar baru Rawang. Tiada papan tanda yang menunjuk arah. Selepas sekian lama aku tidak ke KK Rawang, aku pun dah tak tahu dengan tepat jalan masuk ke KK Rawang. Lebih-lebih lagi permukaan dan jaringan jalan raya di Rawang sudah banyak berubah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Aku ke kaunter, staff nurse yang bertugas pun nampak macam tak berapa pasti. Tapi di sahut oleh rakannya. “Dik, hari Rabu, Khamis kita buat petang dalam masa macam inilah.” Sambil melihat jamnya. “Hari Jumaat pulak, kita buat pagi.” Sambung staff nurse yang agak bersusia itu. Aku pun sambung pertanyaan aku sedikit sebelum aku beredar dari kaunter selepas ucapkan terima kasih.

Di luar klinik, aku menyelongkar beg dan mencari nombor telefon KK Kuala Kubu Baharu. Dail sekali, talian sibuk. Dua tiga kali kemudiannya masih sibuk. Percubaan seterusnya berjawab. Semacam nada ketawa, staff nurse yang menjawab, boleh datang, tapi kena cepat, sebelum pukul 5 petang. Aku mendapatkan kepastian sama ada aku yang beralamat di Rawang ini bolehkah ke sana untuk dapatkan keputusan saringan darah. “Tak ada masalah kut.” Katanya. “Tapi, kau datang cepat sikit dik. Kita nih bukan di Hospital KKB tau. Kau kena datang klinik kanak-kanak ni. Cepat, cepat.”

Jam di tangan menunjukkan sekita 2.30 petang. Sebelum beredar, aku buat panggilan kepada abah untuk dapatkan kepastian KK Kuala Kubu Baharu. Abah bagi tunjuk arah. Apa yang aku ingat dia sebut, dekat dengan masjid, kem tentera dan stesen minyak Shell. Harapnya aku sampai. Aku harapkan papan tanda sahaja sekarang ini.

Memecut dengan skuter “mospeda” yang tak berapa nak laju. Perjalanan lebih kurang 30km. Aku berhati-hati sepanjang perjalanan agar tak tertimpa kejadian yang tak diingini. Karang bukan setakat buat ujian darah, kena masukkan darah pula nanti.

Dalam jam 3 petang aku menghampiri pekan Kuala Kubu Baharu melalui IKBN KKB (Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Kubu Baharu). Aku membelok ke kiri kerana nampak bangunan masjid. Menghampiri masjid aku berpandukan papan tanda Hospital KKB. Dengan harapan dan memujuk hati sendiri mengharapkan Klinik itu ada di dalam kawasan hospital. Belok kanan apabila melepasi kawasan bangunan masjid, dan melalui kem tentera aku menyusuru jalan ke arah hospital.

Sampai di dalam kawasan hospital, aku meletakkan skuter “mospeda” berhampiran kawasan pintu masuk wad pesakit luar. Terus menuju ke kaunter pendaftaran dan melemparkan senyuman dan melontarkan pertanyaan. “Owh… Hal nak kawin ye? Encik kena pergi ke Klinik Gigi di pekan KKB.” Kata lelaki yang menjaga kaunter. Aku sebenarnya sedikit keliru. Klinik Gigi lah pulak. Aku beredar dari situ. hari pun macam ada rintik-rintik hujan.

Aku menghala ke Pekan KKB sambil mengharapkan ada papan tanda yang menunjuk arah ke Klinik Gigi. Di dalam kepala otak aku membuat percaturan, Klinik Kanak-kanak dan Klinik Gigi dalam satu kawasan. Aku mengambil jalan yang mengelilingi pekan dan sampai di suatu persimpangan tertera menuju arah ke Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak di Jalan Padang Tembak. Lega. (belum habis lega lagi).

Aku terus tanpa segan silu bertanya kepada staff nurse yang sibuk menyusun kad-kad pendaftaran. Staff nurse itu semacam telah sedia menghulurkan “Letter of Concent” untuk aku isi dan dia minta aku terus ke makmal selepas siap. Aku menghala ke ruang dalam klinik yang penuh dengan ibu mengandung dan kanak-kanak. Isi dan tandatangan surat, dan kemudiannya aku kepilkan borang dari Jabatan Agama Islam Selangor dan berikan kepada pembantu makmal. Seorang wanita yang ramah dan membahasakan diri akak. Bertanyakan datang dari mana, nak kahwin dengan orang mana dan kemudiannya dia menerangkan isi kandungan surat yang aku tandatangani.

Prosedurnya ringkas sahaja, cuma beberapa titik darah dari satu jari aku diperlukan. Ujian saringan ambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Keputusannya dimaklumkan kepada aku. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Selesai satu ujian. (berdebar juga). Tiada bayara dikenakan kepada aku. (Terima kasih Malaysia).

Berikut ialah maklumat-maklumat yang aku peroleh hari ini.

Poliklinik Taman Ehsan, talian telefonnya (03-62727271), semasa artikel ini ditulis, ujian saringan HIV tidak ada perkhidmatannya.

KK Rawang, talian telefonnya (03-60916353), jadual perkhidmatan ujian saringan HIV seperti berikut;

Hari

Masa

Rabu

2:30petang – 4:30petang

Khamis

2:30petang – 4:30petang

Jumaat

8:30pagi – 12:00tengah hari

* sila dapatkan maklumat yang lebih tepat dengan mendail nombor telefon KK berkenaan.

Poliklinik Selayang baru, talian telefonnya (03-61878564).

KK Kuala Kubu Baharu, talian telefonnya (03-60641257).

View Larger Map