Seribu penghargaan
Feb
23
Kami berdua ingin lagi menyatakan penghargaan kepada ibu dan bapa kami, kepada saudara-mara, kepada jiran-tetangga, kepada handai-taulan dan kepada semua. Banyak bantuan dan pemberian yang dihulurkan sepanjang majlis. Sebelum, semasa dan selepas majlis. Tidak juga kami nafikan banyak kelemahan yang datang dari kami dan pihak kami. Justeru kami pohon ribuan ampun dan maaf. Antaranya seperti, perihal edaran kad dan jemputan, layanan, gurauan dan macam-macam lagi yang kami telah perkecilkan sedangkan ianya mengguris hati.
Doakan kami berbahagia hingga ke syurga, insyaAllah.






