You are here: Home > Keluarga > Persekolahan. Alasan ibu bapa mencari wang.

Persekolahan. Alasan ibu bapa mencari wang.

Sementara menantikan masa mencecah jam 6:30 petang, aku mencekoh majalah yang ada terletak di kerusi belakang (kereta). Masa tidaklah begitu lama untuk sampai ke jam 6:30 petang, tapi aku kira, cukup untuk aku membaca artikel di dalam majalan itu. Satu atau dua artikel dah memadailah. Aku memilih artikel yang membentang isu keibubapaan. Menarik! Aku habiskan artikel tersebut terlebih dahulu sebelum beredar dari sekolah tempat Siti Rahayu mengajar. Siti Rahayu yang nampak keliru bertanya kepadaku “Tak habis baca lagi ke majalah tu?”. Aku senyum.

Lebih kurang 15 kilometer aku memandu, kami bersembang dengan beberapa hal. Siti Rahayu rajin bersembang kalau kena pada topiknya. Daripada yang serius hinggalah kepada topik yang santai. Kalau tidak pun, aku rajin mengusiknya dengan perkataan-perkataan yang berkias. Ada masanya, perkataan-perkataan aku tu menjengkelkannya. Habuannya, sama ada telinga comel ku dipiat manja, ataupun aku dicubit ala-ala mencubit anak muridnya.

Sehinggalah tiba di persimpangan Pekan Parit Yusuf, topiknya berkisarkan anak muridnya yang digantung sekolah 2 minggu. Hukuman itu dijatuhkan disebabkan kesalahan menimbulkan kekecohan dan membelasah murid. Rentetan dari beberapa siri kesalahan yang dilakukannya sebelum ini, aku sendiri agak jaki dengan murid ini. Oleh kerana ibunya kepada murid ini telah datang dan membuat rayuan, murid itu telah dikurangkan hukumannya dari 2 minggu digantung sesi persekolahan kepada 1 minggu sesi persekolahan. Antara alasan ibunya ialah, tiada siapa dirumah melainkan murid itu sahaja. Kedua-dua orang tuanya itu pergi bekerja.

Siti Rahayu mendengus dan berkata, “Emak bapak sekarang ini jadikan sekolah seumpama sebuah ‘nursery” untuk anak-anak dia orang!”.

Aku. Kepala otak aku ligat mencari kebenaran dan juga ligat mencari alasan membangkang. Namun, tiada apa aku ungkapkan. Senyum hambar. Terkenang kembali artikel yang bertajuk ” Keibubapaan baik vs. Keibubapaan berkesan” yang kubaca tadi.

Tags: , , , , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply