You are here: Home > Sahaini > Meniti hari

Meniti hari

  • hantaran-hantaran
  • dokumen dan kebenaran akad nikah
  • jemputan
  • kad jemputan
  • duit (oh peningnya)
  • jurugambar

Sambil aku menaip ini, aku mendengar beberapa lagu semangat nak kahwin yang aku peroleh dari http://www.savefile.com/projects/215026. Hehehehe. Buat penyejuk jiwa, penambah semangat. Ada juga beberapa doa-doa yang aku persiapkan. Antaranya dari, http://kartadikaria.wordpress.com/2007/11/14/doa-pengantin-baru-p/.

Oh iya, listing aku tu belum siap sepenuhnya lagi. Termasuklah kad jemputan kahwin. InsyaAllah, aku telah pun uruskan tempahan menggantikan tempahan yang sedikit mengguris jiwa (lihat lah catatan sebelum ini untuk ceritanya). Malahan aku ada juga menempah kalendar 2009M untuk disertakan bersama-sama bungkusan jajan. Idea kalendar ini datang dari tunanganku.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Memang banyak lagi yang tertangguh. Aku berdoa dan berusaha semoga semuanya berjalan lancar. Begitu juga dengan kesihatan emak. Alhamdulillah setelah sebulan sakit yang agak merisaukan kami semua, emak dah pun semakin beransur sihat. Kasihan emak. Kurus sangat dibuatnya. Aku juga berdoa semoga dilimpahkan kemudahan, rezeki dan dihindarkan kesusahan sebelum, semasa dan selepas atas tiap-tiap sesuatu yang kami rancangkan ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Apabila aku terlibat sama dalam sebahagian acara di majlis perkahwinan Noh Khairil (Korel) pada 29 November 2008 baru-baru ini, terasa pula aku yang seronok nak kahwin. Majlis Korel, yang pada pandangan aku itu meriah dengan semangat kejiranan dan kesederhanaan acara menyambut menantu. Sangat seronok aku rasa. Yelah, semoga Korel dan isteri riang gembira selalu. Noh Haidir sahabatku yang juga abang sulung kepada Korel sungguh bertungkus lumus. Semoga menyambut baby yang sihat. Jangkanya akan menjadi bapa pada bulan Januari nanti.

Emph… di sini aku ingin kongsikan kad jemputan kahwin aku dan kad kalendar. Sebagai rujukan.

kad-front

kad-inside


Tags: , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply