Kad Jemputan
Sepatutnya jika ikut perancangan, Ahad 2hb November ini, ke rumah Ayu. Antara tujuannya ialah menghantar selonggok kad jemputan untuk Ayu edarkan. Tetapi, urusan itu tergendala disebabkan (sebab utama) kad tak dapat diperoleh kerana ada masalah proses produksi. Tersangkut pada proses “Matte”. Kata Azihan, dia terpaksa cetak semula 500 keping kerana proses “Matte” rosakkan banyak keping. Kad jadi melengkung dan masuk kedalam mesin senget benget. Itu Azihan punya kepakaran lah diperlukan untuk selesaikan masalah.
Aku, kenalah jalan perancangan yang lain untuk menangani masalah ini. Sudah pun aku fikirkan dan sudah pun aku sediakan. Siap sahaja kad, aku akan hantar kepada Ayu. Perjalanan pada hari biasalah nampaknya. Ayu akan mula dengan minggu periksa untuk anak-anak muridnya. Semoga kertas periksa yang Ayu buat susah untuk dijawab. Hehehehehe.
Ucapan kepada anak-anak murid, selamat menjawab. (SPM should starting this 11th-Gud luck Siti Nurhanis and the others)






