Dunia Maya
Jan
22
Sebulan masehi lamanya setelah bergelar suami. Kenapa senyap? Hahaha, standard lah kan…
Yang sebenarnya, aku tak sempat untuk mengaktifkan domain. Sibuk dengan hal akd nikah dan pelbagai lagi. Aku tangguhkan sehinggalah ada beberapa cubaan untuk memindahkan servis domain ini dari gotonames.com kepada mercumaya.net. Apabila mengeteh bersama Dino, Arep, dan Najmi di Taman Melati, semalam, aku minta Dino tolong renewkan. Dia gunakankan handphonenya untuk dail servis 3G dan aku buka laptop aku. Maka, sehari ini ialah hari pertama aku berjaya masuk ke web sendiri untuk menaip bagi tahun 2009M dan 1430H.
Apa yang aku buat? Baca weblog Najmi, Farah, Rashdan, Dino, KFK.net, etc etc.
Isteri? Waaaaaaa. masih berjauhan.
Emak? Masih tidak sihat sangat.






