Cabaran
Jika ikutkan hati, aku ingin menenyeh2 aje manusia yang membuatkan hidup aku kelam kabut.
Aku minta maaf kepada sahabat-sahabat yang terpaksa ku tangguhkan banyak perkara. Ekoran daripada pelbagai cabaran aku sedang hadapi sekarang ini. Rupa-rupanya cabaran nak kahwin hebat juga. Semoga aku terus sabar untuk menangani cabaran yang sedang ku alami atau akan ku alami.
Pada hari-hari selepas aidilfitri yang lalu, emak aku mengadu lehernya bengkak. Aku nasihatkan sapulah campuran cuka dan nila. Mungkin kena beguk agaknya. Tetapi rupa-rupanya, keadaan emak semakin teruk pula sekarang ini. Kasihan emak. Aku pula, tidaklah dapat membantu dalam hal kos rawatan. Abah telah pun menjual van untuk mendapatkan tunai bagi membolehkan membeli sebuah mesin terapi elektrostatik. Baru kelmarin mesin EST itu diperoleh. Emak masih belum pulih sepenuhnya.
Didalam kekusutan aku dengan isu emak aku yang tidak dalam keadaan sihat ini, ada juga yang mengambil kesempatan atas sifat aku yang tidak mendesak ini. Sebelum ini aku pun ada menyebut berkenaan dengan kad jemputan perkahwinan aku yang dibikin oleh saudara Azihan. Aku harapkan Azihan dapat menyelesaikan hal ini dan aku berlapang dada. Rupa-rupanya, sebaliknya yang berlaku. Secara jujurnya, aku kecewa dengan Azihan yang telah memutar belit dan “kapur” kepercayaan (dan $$) yang aku berikan.
Memang sedikit kekesalan berkenalan dengan Azihan ini nampaknya. Aku terpaksa berkejar kesana kemari untuk menyelesaikan masalah kad jemputan aku itu. Dalam pos seterunya aku ceritakan lah.
Sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan semasa aku kelam kabut tempoh hari, jutaan terima kasih dan aku doakan kebaikan kalian di balas Allah dengan rahmatNya. (Banyak nama yang aku simpan di dalam hati). Doakan kesihatan emak aku supaya cepat sembuh ya.






