You are here: Home > Keluarga > Ammar-Daniel warded. Day 9

Ammar-Daniel warded. Day 9

Sabtu!
Sabtu!
Sabtu!

Selamat menjalani ibadah puasa.
Kami masih bersahur di hospital.
Ini hari ialah hari sabtu. Dengar kabarnya ada wakil dari Rawang + JB nak datang ziarah kami.
Wah… lamanya tak dapat ke Rawang. APa khabar nenek dan atuk di Rawang. Ammar direncanakan untuk berbuka dan bersahur dengan atuk dan nenek pada minggu lepas, tapi dikejarkan ke hospital pula.

Semalam, ada beberapa kawan baru yang AMmar dapat. Di sebelah katil kami, ialah keluarga Adam. Ibu dan Abahnya ialah cikgu-cikgu di Sungai Balang Darat. Hehehe.

Hari ini , cik misi-misi yang merupakan pelajar kolej jururawat akan melewati hari terakhir di wad 17. Minggu hadapan, mereka ke wad yang lain pula. Bersungguh-sungguh cik misi-misi ini cuba buat Ammar memuncungkan mulut ataupun tersenyum. Ammar sedikit meragam. Oleh kerana badannya panas, kami tanggalkan baju dan seluar Ammar. Puaslah AMmar bergaya topless ini hari.

Petang nya, Walid dan “akak” Sabarina datang ziarah kami. Nenek dan Atuk tak dapat nak datang lagi. Ende Hishamuddin dan Ibu tak ada kenderaan nak angkut rombongan. Tak apalah. Harapnya Isnin nanti Ammar dah boleh keluar.

Hari ini Kak Nurul Ain dan Abang Haikal pun dapat balik rumah dah…
Kami lah yang kebosanan di sini…

Pagi tadi, Mama Ammar balik ke rumah. Jadi, ini hari Ayah Ammar yang temankan Ammar. Alahai manja betul dia hari ini. Atas badan pun boleh tidur. Sambil duduk pun boleh tidur. Tak mahu langsung baring atas tilam. Pujuklah Ayah Ammar dengan dua botol susu. Barulah mahu tidur atas tilamnya sendiri.

Dalam jam 10 pagi, selepas Doktor Leng buat lawatan dan pemeriksaan, Ammar perlu tinggal sehingga ujian darah ke-3 dapat keputusannya. Alamak! Hari ini kena keluarkan darah Ammar lagi. Meraunglah jawabnya tu…. Kesian Ammar. Sabar Ammar ya.

Mama di rumah membantu Makngah sediakan sup ketam bangkang untuk Ammar. Sedap wooo. Semoga Ammar makan sup dan bantu pulihkan demam-demam tak sudah ini. Hari ini juga dapat bungkusan Bubur Lambuk dari atuk Ezzat. Ezzat dimasukkan ke hospital sahur tadi kerana disuapkan ubat sapu luka yang disangkakan ubat batuk. Bahaya sungguh.

Malamnya, badan Ammar demam lagi. Cikgu Jamal, abah Adam sedekahkan beberapa helai daun bunga raya untuk diramas dan disapu lendirnya ke seluruh badan Ammar. Jatuh suhu badan Ammar. Harapnya berkekalan.

Selamat hari jadi aunty Farah (20-ogos)
Selamat hari jadi aunty Qma (21-ogos)
yang “18″ taon…
Tanak datang lawat Ammar ke? :)

21-Ogos-2010


Tags: , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Responses to “Ammar-Daniel warded. Day 9”

  1. aunty linda says:

    ala.. kesiannya ammar..
    tak sanggup nak bayangkan baby masuk hospital macam gini..

    banyak betul dugaan.. harap bos n ayu sabar dengan segala macam dugaan…

  2. fafarafa says:

    oit…..21 Ogos aa aku punya bday. Qma 22 Ogos.

    dh serabut²….lupa trus ekkk :p :p

Leave a Reply