You are here: Home > Keluarga > Ammar-Daniel warded. Day 8

Ammar-Daniel warded. Day 8

Hari ini hari Jumaat sudah.

Kami masih di Wad 17 Kubikal 1.
Aku bangun sahur dikejutkan oleh panggilan telefon Mama Ammar. Aku lebih suka tarik sleeping bag dan layan tidur dalam kereta. Kat Kubikal 1, tiada ruang aku nak lelapkan mata. Agak sesak.

Selepas sahur, aku bergerak ke Masjid Jamik Muar, untuk solat Subuh. Selepas jam melewati 7:30 pagi, aku rasa badan letih lagi. Aku masuk semula dalam kereta dan tertidur, (sengaja). Rupa-rupanya, oleh kerana aku hidupkan radio (dengar IKIM FM), wind scree heater pun aku tak padamkan. Jawapannya bila aku hidup, bateri kereta aku padam!

Nak ku minta tolong dengan jemaah masjid, hati ku yang berdetik dengan perasaan sebak mengenangkan yang aku tidak sedar aku tidak buat renewal fee untuk AAM aku rupanya. Kalau ada, tak perlu lah aku menyusahkan orang lain. Bolehlah aku telefon AAM sahaja. Oleh kerana sebak di hati, aku ambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja menuju ke hospital. Anggarnku dalam 3 km. AKu ambil masa 45 minit juga. Sampai sahaja, aku minta Mama Ammar buka map di google dan lihat kut-kut ada masjid yang terdekat. Tak ada. Kalau nak solat jumaat aku mesti ke Masjid Jamik Muar juga. Alahai. Tak terlarat aku nak melangkah lagi dah. Mama Ammar kata, darurat.

Hari ini Ammar agak sihat pada sebelah paginya. Sebelah petang, mula meragam. Kawan-kawan Ammar dah ramai yang pulang. Jadi Ammar berkawan dengan kawan yang abru pula.

Kami terbengkalai di sini lagi.

Sebelah malamnya, aku dan Kak Itin, pergi buat jump start. Semuanya okay semula. Hati ku masih sebak… Tak terdaya nak buat kerja-kerja.

Cepatlah baik sang Ammar oi.
“Wahai Pemelihara kami, berilah kami pengasihan daripada Engkau, dan sediakanlah kami dengan kelurusan dalam urusan kami.” (18:10)

20-Ogos-2010

Tags: , , , , , , ,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Leave a Reply