Ammar-Daniel warded. Day 7
Kenapa Ammar-Daniel kena tahan? Doktor pun belum dapat mengenal pasti apa punca Ammar-Daniel suhu badannya naik secara tiba-tiba pada sesuatu hari. Memang Ammar demam ketika itu. Merengek dan moody. Ada masa Ammar demam dan susah nak tidurkan Ammar.
Hari ini Ammar dijadualkan untuk buat Ultrasound. Cik Misi telah ingatkan untuk Ammar baca niat puasa seawal jam 4 pagi. Alamak! Jadi malam sebelum tidur, aku dan Mama Ammar berusaha memberi Ammar makan dan minum secukupnya sejak dari malam tadi. Waktu Mama AMmar kejutkan aku untuk bersahur, kami cuba alihkan setiap perhatian Ammar daripada dia menyusu. Nak elakkan ammar terlampau dahaga, aku suapkan sedikit air mineral.
Kami kemudiannya dipindahkan ke bilik pangkal. Anis dan babynya Asyraf pun dipindahkan ke bilik wad kedua. Jam 7:30 pagi, Nurse dah sibuk mengesan di mana Ammar. Dia minta kami bersedia. Mama Ammar kata, “Ayah, bawak Ammarlah yer. Mama tak dapat nak pegang Ammar kalau dia meronta sangat.” Aku kelek Ammar ke Unit Radiologi seawal 7:45 pagi. Ada jururawat yang mejadi pengiring kami. Kak Lin. Orang Kota Tinggi, anak tiga. Bersembang-sembang lah aku dengan Kak Lin sambil menunggu giliran. Ada sedikit masalah, apabila dokumen Ammar tidak ditemui. Kak Lin terpaksa berpatah balik ke Wad 17 untuk mencarinya. Apabila Borang telah diserahkan, semua Doktor dan Pakar telah dipangil bermesyuarat pula. Ammar terpaksa dipulangkan ke Wad dan perlu menunggu sehingga Pakar kembali bertugas. Ammar kena teruskan puasa! Kesian Ammar.Mama Ammar pujuk AMmar bila dia mula meragam kelaparan.
Tengah hari, baru Ammar boleh menjalani imbasan Ultrasound. Punyalah meronta. Memang kalau Mamanya, terlepas ajelah tangan memegang si budak Ammar ini. Bukan kerana sakit pun. Mungkin takut dan tidak selesa dengan persekitaran. Macam ada trauma bila dibaringkan.
Aku pun lihatlah juga imbasan. Nampaklah visual hati, jantung, bua pinggang, perut dan sakneke maknenek organ-organ Ammar. Bila dah sudah, Mama Ammar tanya, “Ok?”. Aku jawab, nampak lah semua organ dia, tapi tak tahulah ok atau x okay.
Ammar pun berbuka bila dah sudah jalani imbasan.
Petangnya Ammar happy2 dengan kakak-kakak nurse. Lihat blog salah seorangnya -> http://dotdotsekian.blogspot.com
Apalagi yang kami nak buat? Tunggu keputusan. Alahai.






