Ammar-Daniel warded. Day 5
Setiap hari, bunyi amaran mesin pengimbas tekanan darah dan degup jantung mengisi ruang wad kami. Mesin-mesin itu digunakan pesakit-pesakit cilik yang ditempatkan di wad sebelah. Mengilukan bunyinya. Ada bunyi batuk dari mulut mereka yang kecil itu sungguh menyeksakan bunyinya.
Malam tadi Mama Ammar telah dibawa ke klinik oleh Makngah Ammar selepas berbuka. Mama Ammar dah sakit-sakit badan kerana terperap lama di bawah corong penghawa dingin. Aku ada suarakan kepada Makngah Ammar tentang alangkah bagusnya kalau ada Sleeping Bag. Yang aku punya dah pula jadi harta Pakde Ammar.
Nak ku ambil, tak sampai hati pula bila lihatkan dah sedap Pakde Ammar gunakannya.
Sementara menunggu Mama Ammar pulang dari klinik, akulah menjaga Ammar. Tidaklah meragam sangat kecuali apabila jururawat hendak memasukkan antibiotik ke dalam tiubnya. Ada pembekakan pula di tangan nya itu. Jadi awal malam tadi, Ammar perlu buat tiub baru di kaki kanannya pula. Kali ke-2 aku hantar Ammar ke Bilik Prosedur untuk itu. Ammar meronta-ronta dan menangis kuat. Takut dan sakit mungkin menjadi penyebabnya. Setelah selesai, aku tenteram kan Ammar dengan dua botol susu dengan setiapnya lebih 3 oz. Mama Ammar masih belum sampai ketika Ammar telah pun lena. Jururawat datang sekali lagi untuk masukkan antibiotik, tetapi nampaknya tiub kali ini pun tidak mesra kepada kaki Ammar. Aku telah hampir-hampir lena apabila jururawat datang untuk ambil AMmar tanpa Mama Ammar sedar. Mama Ammar di bawah pengaruh ubat.
Agak kelakar, apabila sewaktu bangun untuk bersahur, Mama Ammar terkedip-kedip kehairanan kerana tiub kemasukan telah berubah ke kaki kiri. Lalu ku terangkan kepadanya, jururawat telah “mecolek” Ammar malam tadi.
Bacaan suhu Ammar masih baik pagi ini. Ammar bagun sewaktu kami bersahur dengan tersengih-sengih. Mama Ammar masih belum sihat sepenuhnya. Malam tadi aku telah minta dia tidur ditempat aku sementara aku cuba menjaga Ammar. Tetapi Ammar memang pantang kalau mama nya ada. Merengek-rengek sehingga Mama Ammar terpaksa naik semula ke katil dan menyusukan Ammar. Mama Ammar dapat Sleepin Bag yang dibeli oleh Makngah rupanya. Aku balutkan Mama Ammar, dan nampaknya dia suka dengan kehangatan di bawah sleeping bag. Ammar pula, tak mahu diselimutkan.
Hari ini, jiran aku bertambah. Seorang anak perempuan berbangsa cina berumur 7 tahun dimasukkan kerana cirit birit dan muntah-muntah. Ayahnya nampak sibuk menjawab panggilan telefon. Ada kerja yang terpaksa ditangguhkan kerana mendahulakan kesihatan anaknya.
San Dee Lai, ialah nama anak perempuan Burma yang ditemani ibunya yang tidak cekap berbahasa. Mungkin susah juga nak berkomunikasi sehingga aku membantu Doktor Janna yang meminta ibunya menimbang setiap lampin yang telah terpakai. Kesudahannya, aku yang bawa ibu San Dee Lai menimbang lampin. Sehingakan sekumpulan jururawat di kaunter mengkagumi aku dan menggelar aku Ketua Kampung.
Aku cuba mengajar ibu San Dee Lai membaca penimbang, sehinggakan aku membuat kira-kira di atas kertas nota ku supaya dia faham. Aku terangkan, lampin terpakai ditimbang dan di ambil bacaannya. Kemudia bacaan itu ditolak dengan berat lampin bersih untuk mendapat berat kotoran. Apabila ditanya jururawat, nanti jawablah berapa berat kotornya. Sedikit menggelikan hati, pabila jururawat bertanya kepada ibu San Dee Lai, jawapannya, “180 – 20″. Hahahahaha. Diberitahunya jururawat kerja kira-kira yang aku tunjukkan kepadanya pula. Menariknya, bacaam seterusnya, yang aku bantu lagi, ibu San Dee Lai minta jururawat rujuk kepada aku.
Aku kira mungkin dia tidak pandai kira-kira juga.
Tengah hari itu, anak Chan Chan (keluarga Burma) boleh pulang.
Bil hospital mereka RM30.
Kami masih lagi tersadai.
….
Ada sambungan lagi cerita ini… esoklah. Wad kami penuh malam ini! Kami tak bersendirian, tetapi bersempitan pula.
17-Ogos-2010







kenapa dgn anak ko N?
Anak aku demam-baik, demam-baik, demam-baik… dah lebih sebulan. Pada hari jumaat yang lalu, suhunya tinggi dan dia dah lembik. Jadi aku bawa ke hospital langsung ditahan sehingga sekarang. Ujian2 darah, keputusannya tiada denggi, H1N1, taun etc.
Tetapi tadi, isteri aku ada sebut yang Doktor ada menyebut Ammar ada Anemia.
Keputusan dari Ultrasound belum kami tahu lagi.
Sekarang Ammar (dan aku dan isteri) “menetap” di Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Sehingga hari ini (19-08-2010), kami masih disini lagi.