Ammar-Daniel warded. Day 12
Kalau diikutkan, hati ini telah kendur sudah…
Kalau dirintihkan, suara ini telah bisu sudah…
Kalau diingatkan, semangat ini telah terbang sudah… jauh, melayang, hilang entah ke mana.
Mala tadi aku banyak berjaga. Mama Ammar masih tidak sihat. Risaukan kalau-kalau Ammar terjaga untuk menyusu tetapi Mama Ammar tidak sedar. Setiap jam aku akan melawat Ammar dan Mama Ammar di katil. Jam 4:40 pagi aku sudah kemaskan tempat tidurku. Bersahur, mandi dan turun untuk solat subuh di surau hospital. Kemusiannya naik semula untuk ambil giliran menjaga Ammar. Hari ini Mama Ammar perlu balik untuk sampaikan marakah-markah anak muridnya. Kasihan, Mama Ammar terpaksa menahan sakit kepala semasa menanda kertas ujian anak muridnya.
Mama Ammar dijemput Makngah Ammar pada jam 7 pagi. Jadi aku akan ambil alih katil ini hari. Aku menunggu sehingga jam 9 pagi untuk madikan Ammar, tetapi, tidak jadi. Mulanya Doktor Sabrina yang datang, kemudiannya ada pelajar-palajar perubatan yang mengambil maklumat. Kemudiannya Doktor Samy buat tinjauan dan pemeriksaan. Sampai termuntah Ammar dibuatnya. Ammar memang alah betul kalau di jolok mulutnya.
Tidak lama kemudian Doktor Tham dan Doktor Ngien pula. Sungguh banyak yang datang melawat dan meninjau aku dan Ammar. Dalam jam hampir 12 tghari baru aku dapatmandikan Ammar. Ammar minum susu banyak juga hari ini. Mujur dia tidak merungut banyak sangat bila disuap botol. Apabila telah ambil ubat tambah darah, Ammar mula mengantuk. Pada mulanya dia melawan juga rasa mengantuk, dengan bermain-main, tapi Ammar terlentok juga beberapa ketika.
Apa yang Doktor Samy komen mengenai Ammar ialah, dari pandangannya, eloklah terukan dengan Echo Test untuk lihat kalau-kalau ada punca yang boleh dikesan dijantung Ammar. Alahai… SubhanAllah. Doakanlah supaya Ammar dijauhkan dari penyakit yang sukar. Doktor Tham yang diiringi oleh Doktor Ngien meninjau dan berbincang mengenai rancangan untu membuat imbasan echo test. Tiada butiran yang diberikan kepadaku, Seolah-seolah kami ialah warga zoo sahaja. Melihat mereka berbincang di hadapan kami dalam keadaan kami melihat mereka dari dalam katil yang berjeriji. Kemudain mereka pergi.
Dalam jam 3 petang Mama Ammar sampai. Ammar perlu dipulangkan kepada Mama. Ammar perlu menyusu. Mama bawa bubur. Ammar suka. Tapi mengantuk. Tidur sehingga petang berlalu.
Jam 5 petang aku keluar untuk mencari bekal berbuka. Pergi ke kedai mamak untuk pesan Nan dan tandoori. Kata sang pengambil tempahan, pukul 6 petang nanti siaplah. Jadi elok juga tu. Cadanganku memang hendak ambil Asar sebelum ambil Nan dan Tandoori. Jadi aku ke Masjid al-hikmah Parit Kadhi. Jam 6 petang, apabila masuk semula ke kereta dan tak boleh pula nak bergerak. Hidupkan enjin kereta, tak mampu enjin nak hidup. Sudah dua tiga kali cuba tak mahu juga. Aku telefon Mama Ammar. Kataya cuba telefon Makngah Ammar. Aku pun mendail nombor Makngah Ammar, kebetulan Kak Itin masih dalam perjalanan ke Muar dan sedang berada di Parit Jawa. Aku beritahu hasrat minta tolong tumpangkan aku ke hospital.
Ku pastikan semua barang-barang penting ditempatkan di ruang belakang. Kunci semua pintu, dan bergerak keluar dari kawasan masjid. Aku bertegur sapa denga seorang pakcik. Cikgu Rahmat dan pernah mengajar di Sungai Balang Besar. Kenal juga dengan arwah pak mertua ku.
Wah… hari ini begini pula jadinya ya.
24-Ogos-2010












Insyaallah, weekend ni kami datang melawat ammar….