Hello World!

2009
11.02

Buat semua yang mendoakan kesejahteraan kami terutamanya ibu dan baby baru, akmi ucapkan ribuan terima kasih. Banyak tips-tips yang selalu aku dapat untuk aku boleh menghadapi situasi yang baru bag aku dan ibu baby.

Pada 28 Oktober 2009, seawal subuh, Siti Rahayu dah dapat tanda kelahiran dah. Dah keluar “show”. Jadi paginya selepas sarapan tanpa rasa panik2, kami pun pergilah mengangkut sakneke maknenek kelengkapan ke Hospital Batu Pahat. Oleh kerana signage menuju ke tempat ibu bersalin tidaklah efisyen sangat aku anggap dan aku tak pernah membuat tinjauan awal jadi aku dan Siti Rahayu agak teragak2. Malu bertanya sesat jalan. Aku pun manis mulut bertanya pada nurse-nurse muda.

Masuk ke balai bersalin, buat pendaftaran di kaunter, aku diperlukan duduk di luar kawasan menunggu kaunter. Tempatnya terhad. Jadi aku keluar dari pintu masuk ke kaunter dan menunggu diluar. Ada tempat menunggu berhadapan dengan dewan bedah. Ada tetamu yang sedang menunggu. AKu bersembang. OOO…. kaka ini , menunggu anak nya di dalam dewan bedah. Patah tangan akibat dirempuh kereta. (akak tu ada kedai makan berkonsepkan karaoke di Senggarang). :)

Siti Rahayu tidak dimasukkan ke wad, tetapi ditahan selama 2 jam untuk pemeriksaan kandungan. Pemeriksaan awal, baby’s heartbeats laju daripada normal. Alamak. Tapi nurse kata mungkin baby lapar. Jadi kami pergi makan dan kemudian buat second test. Lulus. Heartbeatd normal. Balik. Kalau sakit datang semula. Pulak?

29 Oktober 2009. Siti Rahayu gelisah dan tidak dapat tidur lena seawal 3 pagi. Selepas sahaja subuh lebih awal dari semalam, kami telah ke Hospital Muar pula. Warded pukul 8 pagi dengan kontraksi 2 sm. Perut lapar, nak keluar makan takut terberanak pula. Aku nak keluar ward Siti Rahayu kata kang tak dapt masuk semula pula. Sehinggala 11:30pagi, ada makanan tengahari sampai. Dengan kebulurnya kami makan. Kongsi.

Pukul 12 tenghari. Saiti Rahayu sakit kerap. Kontraksi 5sm, terus ke dewan bersalin dan daftar masuk. Pukul 3 petang 6sm. Pukul 3:40, 8sm dan ready untuk delivery. Pukul 3:52 petang, baby boy seberat 3.45kg selamat lahir ke dunia.

:P

ammar

Tags: , , , , , , , , , ,

7 Responses to “Hello World!”

  1. nenet says:

    alhamdulillah. congrats!
    sapa nama? azman saini abd salam babji? :D

  2. hehehehe… insyaAllah namanya Ammar. cantik rel ketapi tu… :)

  3. MF Ajif says:

    ooo.. patutla senyap dah bersalin. wahh jadi bapak budak dah sekarang ko ye… tahniah.
    semoga tabah dan jd ibubapa yg baik lg soleh dan solehah.
    semoga bertambah rezeki utk anak yg dilahirkan.

  4. terima kasih bang. aku doakan kita semua jadi bapak yang baik dan berkesan… :)

  5. jun says:

    tahniah2…br berkesempatan tgk gambo bb..ammar? sedap2..masih kat sana k saha? bila nak bawak jumpe mokcik dia ni? hehe

  6. jun :

    tahniah2…br berkesempatan tgk gambo bb..ammar? sedap2..masih kat sana k saha? bila nak bawak jumpe mokcik dia ni? hehe

    alu mokcik… ammr ni manja lagi nih, insyaAllah kalau ada peluang, kami datang melawat (dan makan) hehehehe.

Your Reply